Saat mengafan perasaan cinta
Angin utara kencang bertiup
Menyelak terus hati terlindung
Walaupun berlapis selimut putih
Wangian kemiyang rindu berbisa
Menusuk kalbu bersama sayang
Segala kenangan sukar terhakis
Biarpun bermandikan air mawar
waktu melawati tanah perkuburan
Jiwaku resah tiada nisan namanya
Semangatku kuat untuk mencarinya
Kerana lafaz terakhirnya disisiku
Bukti itu tanda ia pergi jauh
Rebah ahkirnya menyembah keletihan
Hakikatnya kubur cinta tiada kutemui
9 januari 2008
min@zan
Thursday, January 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment