Powered By Blogger

Thursday, January 14, 2010

Duri rindu~~sayang~~

Duri rindu
Suasana vila teratai penuh dengan rasa kasih sayang dan harmoni. Pagi yang begitu indah, seakan keadaan mempengaruhi dengan penuh ikhlas.
“Sayang”stoking abang mana, sayang letak kat mana abang tak jumpa pun”.
Jefri bersuara manja kepada isterinya.
“abang tunggu sekejap ya, nanti sayang tolong ambilkan ek”.
Salina sememangyan isteri yang baik dan solehah. Salina berlari-lari anak menyerahkan stoking kepada suaminya. Seperti biasa sebelum pergi kerja, satu ciuman akan di tinggalkan untuk Salina..
“Sayang doakan abang ya ,semoga ceramah yang abang ingin sampaikan hari ini selamat sempurna”.
Jefri merupakan seorang penceramah yang terkenal dalam kalangan pakar motivasi,kerana susunan katanya, suara yang sedikit garau manja,menyebabkan semua telinga yang mendengar tidak akan melepaskan bait-bait ucapan yang tumpah dari mulutnya.

Tiba disekolah, Jefri terus disambut oleh pengetua dan membawanya ke dewan yang agak terbuka sedikit. Kelihatan semua pelajar sudah bersedia menanti kedangannya bersama . Dengan lafaz yang mulia Jefri memulakan ceramahnya yang bertajuk hadiahlah ibumu sebuah kejayaan. Jefri tengok semua pelajar kusyuk mendengar ngomelannya, ada yang sedikit senyum dan tidak kurang yang mencatat apa yang disampaikan.
“adik-adik pelajar sekalian, keluarkan kertas putih yang di edarkan sebentar tadi, saya nak kamu lukis gambar mak kamu, lukis cantik-cantik ya”.
Semua pelajar sibuk mengeluarkan kertas, masing-masing memusingkan badan takut-takut kawan tengok dan mula melukis.

15 minit masa sudah berlalu pergi. Jefri menyuruh pelajar memberi perhatian kembali kepadanya.
“okey adik-adik pelajar sekalian, dah siap lukiskan.okey simpan dulu sekejap lagi saya nak tengok.”
“aaaaaaa”kedengaran semua pelajar seakan mendapat kejutan sesuatu. Masing-masing saling berpandangan. Ada yang dah berkerut menampakkan kerisauan.
“saya tahu semua pandai melukis dan mesti cantik gambar mak kamu kan”
Jefri menyambung kembali ceramah yang tergendala sekejap tadi.
Jefri mula bersuara nada yang begitu sedih dan menangis sambil.
“cuba adik-adik banyangkan, sambil duduk ini adik terima satu panggilan telefon dari rumah yang menyatakan perlu pulang segera kerana ada kecemasan sedikit, apabila sampai sahaja di rumah adik lihat rumah adik dipenuhi ramai orang dan adik naik kerumah melihat ada sekujur mayat yang sudah ditutupi dengan dengan kain batik lusuh, adik berlari ke dapur mencari mak, mak…,mak…. Namun tiada sahutan kedengaran. Adik berlari mendapatkan ayah yang sedang menbaca yasin sebelah mayat, kedengaran bacaan ayah sangat gementar sambil air mata berderai tanpa henti. Selesai membaca ayah membuka kain batik tersebut, adik dapati orang itu…..orang yang paling adik kenal…orang yang selalu menyambut kepulangan adik”.
“tidak”…tidak, mak jangan tinggalkan saya mak. Banyangkan adik tak sempat nak tunjukan kejayaan kepada mak. Sebelum ini adik pernah berjanji dengan mak, nak tunjukan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan, namun janji tersebut tak sempat di tunaikan, mak dah pergi, yang pergi tak akan kembali, pergi dengan penuh harapan, kekecewaan ,dan kesedihan”.
Dari jauh Jefri mula nampak mata pelajar mulai berkaca, namun sudah ada yang teresak-esak. Jefri tekankan lagi dengan harapan agar apa yang di sampaikan dapat memberi kesedaran sedikit sebanyak kepada pelajar.

“sekarang saya nak sesiapa yang nak berjanji dan meluahkan isi hatinya di luar boleh kedepan”. Semua pelajar mengankat tangan, menyebabkan kesukaran bagi Jefri untuk memilih, kerana untuk memberi peluang kepada semua, mendatangkan masalah kesuntukan masa. Jefri terus memilih pelajar beberapa orang berdasarkan kepada lukisan yang dilukis sebentar tadi. Seorang demi seorang keluar meluahkan isi hati, sambil menangis teresak-esak.

Semua pelajar yang keluar kedepan Jefri menanyakan apa hadiah yang paling istimewa yang pernah kamu dapat dari mak kamu dan apa hadiah yang kamu bagi kepada mak kamu sempana hari ibu. Rata-rata menjawab nak berikan kejayaan,dan mencium ibu sebagai tanda sayang.
Jefri melangkah kearah pelajar paling belakang sekali, budak itu tunduk sahaja, mungkin takut dipilih.
“boleh saya tengok lukisan kamu, mesti cantik kan mak kamu”
Kertas putih dihulur. Sambil tunduk kebawah. Tidak bersuara lansung.
“satu bulatan yang seakan-akan bujur sedikit”.dalam nada yang begitu lembut dan perlahan. “saya nak kamu keluar kedepan”.
Pelajar tersebut mengeleng kepala, namun setelah dipujuk akhirnya dia keluar juga.
“inilah muka mak saya, ini muka mak saya yang lahirkan saya” suara tersekat-sekat,air mata mula deras mengalir keluar membanjiri pipi itu, bahunya terhinjut-hinjut.
“Saya tak sempat melihat dia, dia pergi ketika melahirkan saya”. Semua kawan –kawan nak menghadiahkan kejayaan kepada mak semua, dan boleh cium tangan mak, tapi saya hanya sekadar.... tiada suara kedengaran. Dia berlari keluar dewan.
“semua pelajar di minta bertenang”. Jefri meneruskan ceramahnya.
Dalam masa 5 minit dia menghabiskan sisa-sisa ceramahnya.

Jafri meminta kerjasama guru untuk berjumpa kembali dengan pelajar tersebut. Dengan izin ALLAH s.w.t Jafri sempat menyampai sedikit pesanan kepada pelajar tersebut.
“adik walaupun mak kamu sudah tiada, kamu tetap boleh menberi hadiah kepadanya dengan bacaan yasin, surah al-fatihah, kerana setiap itu arwah akan mendapat cahaya, dan mendoakan kesejahteraan ibu di sana cukup besar hadiah yang kamu berikan kepadanya” budak itu hanya diam. Namun sebelum meninggalkan sekolah tersebut budak itu menghulurkan sehelai kertas kepada Jefri.

Kedengaran enjin kereta memasuki parkir rumah itu. Salina berlari anak mendapatkan suaminya. Di capai beg di tangan suaminya dan meletakkan di tempat yang sepatutnya.
“sayang.. abang rasa rindulah..rindu sangat”.
“ish abang ni baru je tak jumpa setengah hari, belum lagi dua hari”
“tapi abang rindu sangat nak tengok muka sayang yang manis ni” bersuara lembut sambil galak fikirkan budak tadi, hampir tujuh belas tahun sudah tidak berjumpa dengan ibu,bagaimana perasaan rindu itu harus di ungkapkan. Jefri teringatkan kertas yang di hulurkan padanya sebentar tadi, lantas dibukanya..
Sanggupkah orang bertahan
Mendengar luahan hati rindu
Setiap hari, setiap waktu
Mula-mula boleh terima
Lama-lama bosan menerjah
kawan yang setia mendengar
sudah mula setia mengucapkan
aku tiada masa untuk mengikuti
kisah silam hidupmu
aku sedar kawanku kini
bernama rindu.

Jefri melipat kembali kertas tersebut dan menuju kearah isterinya dan melepaskan kerinduan.
hasil nukilan : MARIZAN MUHAMAD                                      'hak cipta terpelihara'

No comments: