Powered By Blogger

Thursday, January 14, 2010

Gerek Buruk

`

Panas sungguh cuaca hari ini. Di bawah pohon meranti rendang, tedapat satu meja yang diperbuat daripada simen dan empat kerusi yang tingginya separuh meja disusun cantik, di situ dua beranak sedang rancak berborak. Kelihatan seorang budak lelaki menaiki motor dengan gaya seperti mat rempit.
“Budak mana naik motor tu mak, erm kecil-kecil dah pandai bawak ”Hafiz bersuara seakan bernada tidak puas hati.
“Erm kalau tak silap mak itu Borhan anak tauke ayam,a la Hafiz budak tu dah lama naik motor, ayah dia belikan motor sebab tak nak pergi sekolah” terang mak Tom, kepada anaknya yang tersayang.
“Tak nak pergi sekolah belikan motor”.
“Borhan tu mintak motor, kalau nak suruh pergi sekolah, ayah dia kan berduit”
“Pet,pet” kedengaran hon kereta proton saga hijau metalit yang baru sahaja berhenti di hadapan dua beranak itu, terkejut Hafiz lalu bangun dari duduknya.
“Assalamualaikum, Tom dan Hafiz buat apa tu”
“Walaikumusalam, tak buat apapun borak kosong je dengan mak ni” erm bila ayah beli kereta, tak cakap pun nak beli”Tanya Hafiz dengan persis yang tidak puas hati dengan tindakan ayahnya.
“Ayah rancang dengan kawan ayah masa kat kedai minggu lepas, harga kereta sekarang ni kan murah, tu yang ayah beli”.
“Tapi, kita kan dah ada kereta, nak buat apa bazir duit, baiklah kita simpang je, dan guna untuk perbelanjaan keluarga, ayah tak dengar berita ke semua barang keperluan akan naik, dan termasuklah juga petrol”.

“Ish malas aku nak berbahas dengan kau Hafiz, nak lawan cakap orang tua yang dulu makan garam” dengan bersuara agak marah dan megah pak Mail masuk balik kereta dan terus parkin di bawah garaj. Hafiz terangkat keningnya kerana terasa sindiran dan mak Tom terus terdiam dengan sikap pak Mail yang begitu angkuh.

“Tom mana nasi, aku nak makan, dari tadi lagi aku tak makan kerana sibuk uruskan kereta itu.” Laung pak Mail kepada isterinya. Mak Tom cepat-cepat berlari, dengan kaki terhingjut-hinjut.
Pagi yang tidak terlalu cerah, bayang-bayang matahari terlindung di sebalik awan sedikit tebal. Rumah tinggi itu, bawahnya ada ruangan yang kita boleh di jadikan parkin kereta dan menyimpang barang. Hafiz menyarung selipar jepunnya lalu meluru kebawah rumah itu. Bau tahi ayam begitu kuat menusuk menyebabkan Hafiz terpaksa menutup hidung. Sawang labah-labah yang begitu banyak, lalu Hafiz menggunakan batang kayu api untuk mencarik dan menbuka sedikit ruang untuk dilaluinya.. Akhirnya Hafiz menemuai lembaga besi itu, lalu di heret keluar, bunyinya amat kuat sekali sehinggakan ayam lari bertempiaran sambil berkokok seakan kehilangan anak dan ada binatang liar. Mungkin juga kerana ayam kehairanan kerana tidak pernah melihat Hafiz, dan biasanya mak Tom seorang sahaja. Ibu ayam itu akibat terlalu terkejut terkeluar sebiji telur dari punggungnya. Lembit dan seakan merah sedikit. Tersengih Hafiz melihat gelagat ibu ayam tersebut. Di heret sampai kedepan rumah. Terbokok-bokok Hafiz menyapunya. Selesai bersihkan gerek itu Hafiz terus naik kerumah.
Selesai solat asar mak Tom, mengambil penyapu yang diperbuat dari manga pokok kelapa untuk menyapu daun kering di hadapan rumahnya yang gugur di tiup angin. Sebuah ven berwarna merah memasuki perkarangan rumah mak Tom. Tersengih mak Tom ,kerana sudah tahu itu Mamat pembeli besi buruk.
“Kak ada besi buruk yang nak dijual tak “.
“Ada la sikit , cuba kamu tengok kat bawah rumah tu, mak Tom dah kutip dan kumpul ,berapa ringgit sekilo”?
“Seringgit dua puluh sen, banyak jugak ni kak”. Mamat mengisi semua dalam guni, lalu di bawa kedepan rumah, di keluarkan alat penimbang.
“Semuanya empat puluh kilo, ni duitnya”.
“Terima kasih”.
“Sama-sama, lain kali jual kepada Mamat lagi, mak Tom, Mamat pergi dulu ya”. Mamat menghidupkan enjin dan terus pergi.
Hafiz turun dari rumah, dengan kain pelikat menunjukan baru sahaja selesai solat asar.
“Mak jual besi buruk, dapat banyak ke”. Tanya Hafiz dengan lembut.
“Boleh lah mak beli budu, hehe…” mak Tom ketawa, menampakkan gigi yang sudah berkurangan.
“Mak mana gerek yang hafiz letak kat sini?”
“Mak baru jual kepada Mamat”
“Ha jual , Hafiz baru je bawa keluar” Hafiz bernada terkejut sedikit.
“Kamu nak buat apa dengan gerek buruk itu?
“ Kenapa mak jual,boleh naik lagi tu mak, Hafiz tengok masih elok, tukar tayar belakang dan sapu sikit”. Mata Hafiz sudah melilau melihat kearah jalan di hadapan rumah itu.
“ Mak tak tahu kamu nak, pandai ke kamu nak baikinya, tak pernah pun mak tengok kamu baiki gerek sebelum ni”
“Err pandai, hehe.. hantar kedai”.
“Pandai la kamu, erm elok la putar belik tu macam bapak kamu”.
“Bukan sebarang putar mak, ni putar ada faedahnya, Mamat tu dia pusing balik tak kat rumah kita”
“Tak tau la, biasanya ada, kenapa”
“Hafiz nak ambil balik gerek buruk tu mak” mak tom tak sempat menahan tindakan hafiz tersebut kerana,Hafiz teru menyarung selipar jepun, lalu berlari kearah jalan sebelah kiri rumahnya. Kini sudah lima buah rumah dia tengok, semuanya tiada. Lori Mamat berhenti di simpang tiga, hafiz dengan segera berlari, namun masuk lima langkah selipar jepun tercabut hidungnya. Hafiz terpaksa berkaki ayam memijak tar yang masih panas. Tangan memegang selipar melambai-lambai sambil mulut tak henti-henti sebut Mamat- Mamat. Mamat terasa pelik lalu melihat dengan menggunakan cermin disisi. Terpaksa berhentikan ven. Hafiz menjelaskan dan menghulur not sepuluh ringgit, Mamat seakan mengerti membuka lori dan memberi balik gerek tersebut.
Dari jauh sudah nampak Hafiz sedang memikul gerek. Mak Tom terngaga melihat tindakan Hafiz tersebut. Petang itu juga Hafiz membawa gerek itu kekedai yang berdekatan. Hampir satu jam berlalu gerek tersebut akhirnya siap dan boleh digunakan.
“Semuanya 33 ringgit”.
“Terima kasih”. “Erm harga tayar pun sudah naik” . Sambil menghulurkan duit Hafiz menambah lagi celotehnya. Hafiz terus mengayuh gerek pulang kerumah.

Setiap petang Hafiz menaiki gereknya, untuk kekedai kraftangan selepas pulang dari mengajar dan tidak kurang juga untuk menghantar bakul kerumah pembeli berdekatan dengan kampungnya.
“Owh Hafiz tadi, makcik ingat sapa tadi, sekarang ni jarang orang nak naik gerek, budak darjah satu pun pandai naik motor, malas nak kayuh gerek”.
“Budak zaman sekarang memang cepat belajar, mak cik ini bakulnya, semuanya harga sebelas ringgit sahaja”.
“Ini duitnya, Hafiz kamu kan beli kereta baru, kenapa tak naik je kereta, daripada dok penat-penat nak kayuh gerek.
“Saya suka naik gerek ni”.”Kereta itu bapak saya punya, Lagipun harga minyak kan mahal sekarang ni, sekali pusing dah cecah sepuluh ringgit kan rugi je tu, lagi pun rumah mak cik tak dalah jauh sangat dengan rumah Hafiz, boleh jimat sikit”.’Hafiz balik dulu ya makcik, terima kasih”.
“Baiklah ,sama-sama, hati-hati naik gerek tu”. Seakan mengejek cakapnya itu.
Gerek bergerak laju, di kayuh seakan mahu memecut ke garisan penamat. Namun sebenarnya Hafiz ingin mencapai kemenangan dalam menjadi insang yang penyabar. Hafiz terasa geram dengan mak Yam. Melalui jalan sekitar bendang yang di penuhi padi yang menghijau, menyebabkan perasaan damai telah menarik benak Hafiz untuk berfikir tentang perkara yang terjadi tadi.Betapa ruginya, kalau kita tidak berjimat sekarang. Berdasarkan surat khabar yang di baca, ekonomi Negara mengalami inflasi dan meningkat mencecah 5 peratus dalam masa sebulan. Tiba-tiba Hafiz ternampak Salina sedang duduk ditebing sungai dengan satu batang kail yang di perbuat daripada batang pokok salak. Hafiz menghentikan gereknya, lalu melabuh punggun disisi Salina. Salina seakan terkejut sedikit, dengan tindakan Hafiz kerana sebelum ini Hafiz tidak pernah menegurnya walaupun mereka pernah sekelas dahulu semasa di sekolah menengah. Hafiz memanga agak tampan dan selalu menjadi tumpuan ramai budak perempuan pada zaman itu. Salina berasa malu, lantas mengankat kail tersebut dan bangun. Hafiz menarik tangan Salina mengisyaratkan supaya duduk semula. Dahulu semasa kecil Salina biasa sahaja, dengan rambut pendek macam lelaki. Semua pelajar lelaki tidak berani untuk mendekatinya. Hari ini Hafiz melihat Salina jauh berbeza, kelihatan ayu berbaju kurung dengan kain batik, rambut panjang yang sedikit ikal.
Rumah Salina meriah dengan sanak saudara, dan para tetamu. Pukul tiga petang pengantin lelaki akan sampai. Sekali lafaz, Salina sah menjadi isteri Hafiz. Pada malam sebelumnya. Dua ekor lembu di korbankan, untuk menampung seramai seribu tetamu yang hadir. Bau gulai kawah dan ikan gelama kering goreng mulai menusuk hidung Hafiz yang sedang berdiri dibawah pohon kandih. Perut yang terasa lapar kini tidak sabar untuk menjamah nasi. Salina sampai dengan memakai baju songket berwarna kuning yang sama dengan Hafiz. Pasangan penganting tersebut telah menjadi tumpuan lensa kemera semua yang hadir. Hilai tawa dan sorakan bergema begitu kuat menyebabkan wajah pengantin merona merah menahan malu. Hafiz terasa senyuman yang terukir pada mulut itu lain sedikit daripada orang lain, kerana seakan ingin menyampaikan sesuatu. Mamat pembeli besi buruk itulah orangnya.
Kesokan harinya, salina mengajak Hafiz ke pekan untuk membeli sedikit makanan basah untuk di masak. Di pekan pasangan pengantin tersebut terasa hairan apabila semua orang memandangnya. Mereka sedar mereka pengantin baru , tapi inikah perasaan yang harus dirasai oleh setiap pengantin baru. Namun terasa peliknya kerana semuanya senyum-senyum termasuk juga yang belasan tahun. Belasan tahun pun sudah belajar tetang ini dan mereka juga sudah cukup besar, boleh berfikir. Sarat dalam fikiran Hafiz. Mereka pulang kerumah apabila selesai membeli. Pengantin baru itu duduk di anjung rumah.
“Yang cuba tengok ni, abang rasa ini gambar kita” Hafiz memanggil salina dengan lembut.
“Abang ni, sapa yang nak masukkan gambar kita dalam harian metro.”
“Cuba tengok, ini abang tengah kayuh gerek yang di hias dengan bunga, dan awak duduk di depan”.
“Penganting baru mengispirasikan gerek sebagai kelainan dalam pengabdian di hari persandinagn”. Salina membaca dengan nada agak malu-malu.
Dua mata bertentangan dengan senyuman terukir. Kini mereka sudah menemui jawapan yang berlaku ketika di pekan tadi.


23 Jun 2008

nukilan : marizan muhamad                                          'hak cipta terpelihara'

No comments: