Powered By Blogger

Monday, January 25, 2010

kursus kawin..




salam sejahtera..
kepada keng kawan semua yang mana tidak mengikuti lagi kursus kawin bolehlah mendaftar di pusat Islam secepat mungkin..
memang BEST dan MENGANCAM..hahahaa
banyak perkara yang perlu dipelajari daripada cerita2 yang disampaikan..
hahaa..semuanya memang kelakar..
moga-moga...
segala ilmu yang dipelajari zahir dan batin amat berguna,insyaALLAH dapat dipraktikkan apabila dah bergelar suami isteri nanti..
bagiku....
apa yang penting ialah keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga, agar berkekalan sehingga akhir hayat..

Tuesday, January 19, 2010

IBU UTAMA


A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
    Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
    1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
    2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
    3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
    4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B ) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

C ) Beberapa kata renungan dari Qur'an :
     Orang yang tidak melakukan solat pada :
    Subuh        : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
    Zhuhur      : Tidak diberikan berkat dalam rezekinya
    Asar          : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan
    Maghrib   : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
    Isyak        : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Al-Quran : Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

"PEREMPUAN"




Datang atas nama cinta ,
Mudah pergi kerana cinta ,
Dikenali dengan era jingga diwajahmu ,
Seperti bulan yang tidur dihatimu ,
Yang sekejap gelap , sekejap terang ,

Ada apa dengannya ?
Yang buat hati ingin dicaci ,
Lalu kulihat kerana syurga dari mata seorang hawa ,

Ada apa dengan cinta ?
Tapi aku pasti akan kembali ,
Dalam satu purnama ,

Untuk mempertanyakan kembali kerana cintanya ,
Bukan untuknya ,
Bukan untuk siapa ,
Tapi untuk ku ,
Kerana aku ingin kau ,

Itu sahaja ..........
min@zan

Thursday, January 14, 2010

Kaburnya kubur cinta

Saat mengafan perasaan cinta
Angin utara kencang bertiup
Menyelak terus hati terlindung
Walaupun berlapis selimut putih

Wangian kemiyang rindu berbisa
Menusuk kalbu bersama sayang
Segala kenangan sukar terhakis
Biarpun bermandikan air mawar

waktu melawati tanah perkuburan
Jiwaku resah tiada nisan namanya
Semangatku kuat untuk mencarinya
Kerana lafaz terakhirnya disisiku
Bukti itu tanda ia pergi jauh

Rebah ahkirnya menyembah keletihan
Hakikatnya kubur cinta tiada kutemui




9 januari 2008


min@zan

Gerek Buruk

`

Panas sungguh cuaca hari ini. Di bawah pohon meranti rendang, tedapat satu meja yang diperbuat daripada simen dan empat kerusi yang tingginya separuh meja disusun cantik, di situ dua beranak sedang rancak berborak. Kelihatan seorang budak lelaki menaiki motor dengan gaya seperti mat rempit.
“Budak mana naik motor tu mak, erm kecil-kecil dah pandai bawak ”Hafiz bersuara seakan bernada tidak puas hati.
“Erm kalau tak silap mak itu Borhan anak tauke ayam,a la Hafiz budak tu dah lama naik motor, ayah dia belikan motor sebab tak nak pergi sekolah” terang mak Tom, kepada anaknya yang tersayang.
“Tak nak pergi sekolah belikan motor”.
“Borhan tu mintak motor, kalau nak suruh pergi sekolah, ayah dia kan berduit”
“Pet,pet” kedengaran hon kereta proton saga hijau metalit yang baru sahaja berhenti di hadapan dua beranak itu, terkejut Hafiz lalu bangun dari duduknya.
“Assalamualaikum, Tom dan Hafiz buat apa tu”
“Walaikumusalam, tak buat apapun borak kosong je dengan mak ni” erm bila ayah beli kereta, tak cakap pun nak beli”Tanya Hafiz dengan persis yang tidak puas hati dengan tindakan ayahnya.
“Ayah rancang dengan kawan ayah masa kat kedai minggu lepas, harga kereta sekarang ni kan murah, tu yang ayah beli”.
“Tapi, kita kan dah ada kereta, nak buat apa bazir duit, baiklah kita simpang je, dan guna untuk perbelanjaan keluarga, ayah tak dengar berita ke semua barang keperluan akan naik, dan termasuklah juga petrol”.

“Ish malas aku nak berbahas dengan kau Hafiz, nak lawan cakap orang tua yang dulu makan garam” dengan bersuara agak marah dan megah pak Mail masuk balik kereta dan terus parkin di bawah garaj. Hafiz terangkat keningnya kerana terasa sindiran dan mak Tom terus terdiam dengan sikap pak Mail yang begitu angkuh.

“Tom mana nasi, aku nak makan, dari tadi lagi aku tak makan kerana sibuk uruskan kereta itu.” Laung pak Mail kepada isterinya. Mak Tom cepat-cepat berlari, dengan kaki terhingjut-hinjut.
Pagi yang tidak terlalu cerah, bayang-bayang matahari terlindung di sebalik awan sedikit tebal. Rumah tinggi itu, bawahnya ada ruangan yang kita boleh di jadikan parkin kereta dan menyimpang barang. Hafiz menyarung selipar jepunnya lalu meluru kebawah rumah itu. Bau tahi ayam begitu kuat menusuk menyebabkan Hafiz terpaksa menutup hidung. Sawang labah-labah yang begitu banyak, lalu Hafiz menggunakan batang kayu api untuk mencarik dan menbuka sedikit ruang untuk dilaluinya.. Akhirnya Hafiz menemuai lembaga besi itu, lalu di heret keluar, bunyinya amat kuat sekali sehinggakan ayam lari bertempiaran sambil berkokok seakan kehilangan anak dan ada binatang liar. Mungkin juga kerana ayam kehairanan kerana tidak pernah melihat Hafiz, dan biasanya mak Tom seorang sahaja. Ibu ayam itu akibat terlalu terkejut terkeluar sebiji telur dari punggungnya. Lembit dan seakan merah sedikit. Tersengih Hafiz melihat gelagat ibu ayam tersebut. Di heret sampai kedepan rumah. Terbokok-bokok Hafiz menyapunya. Selesai bersihkan gerek itu Hafiz terus naik kerumah.
Selesai solat asar mak Tom, mengambil penyapu yang diperbuat dari manga pokok kelapa untuk menyapu daun kering di hadapan rumahnya yang gugur di tiup angin. Sebuah ven berwarna merah memasuki perkarangan rumah mak Tom. Tersengih mak Tom ,kerana sudah tahu itu Mamat pembeli besi buruk.
“Kak ada besi buruk yang nak dijual tak “.
“Ada la sikit , cuba kamu tengok kat bawah rumah tu, mak Tom dah kutip dan kumpul ,berapa ringgit sekilo”?
“Seringgit dua puluh sen, banyak jugak ni kak”. Mamat mengisi semua dalam guni, lalu di bawa kedepan rumah, di keluarkan alat penimbang.
“Semuanya empat puluh kilo, ni duitnya”.
“Terima kasih”.
“Sama-sama, lain kali jual kepada Mamat lagi, mak Tom, Mamat pergi dulu ya”. Mamat menghidupkan enjin dan terus pergi.
Hafiz turun dari rumah, dengan kain pelikat menunjukan baru sahaja selesai solat asar.
“Mak jual besi buruk, dapat banyak ke”. Tanya Hafiz dengan lembut.
“Boleh lah mak beli budu, hehe…” mak Tom ketawa, menampakkan gigi yang sudah berkurangan.
“Mak mana gerek yang hafiz letak kat sini?”
“Mak baru jual kepada Mamat”
“Ha jual , Hafiz baru je bawa keluar” Hafiz bernada terkejut sedikit.
“Kamu nak buat apa dengan gerek buruk itu?
“ Kenapa mak jual,boleh naik lagi tu mak, Hafiz tengok masih elok, tukar tayar belakang dan sapu sikit”. Mata Hafiz sudah melilau melihat kearah jalan di hadapan rumah itu.
“ Mak tak tahu kamu nak, pandai ke kamu nak baikinya, tak pernah pun mak tengok kamu baiki gerek sebelum ni”
“Err pandai, hehe.. hantar kedai”.
“Pandai la kamu, erm elok la putar belik tu macam bapak kamu”.
“Bukan sebarang putar mak, ni putar ada faedahnya, Mamat tu dia pusing balik tak kat rumah kita”
“Tak tau la, biasanya ada, kenapa”
“Hafiz nak ambil balik gerek buruk tu mak” mak tom tak sempat menahan tindakan hafiz tersebut kerana,Hafiz teru menyarung selipar jepun, lalu berlari kearah jalan sebelah kiri rumahnya. Kini sudah lima buah rumah dia tengok, semuanya tiada. Lori Mamat berhenti di simpang tiga, hafiz dengan segera berlari, namun masuk lima langkah selipar jepun tercabut hidungnya. Hafiz terpaksa berkaki ayam memijak tar yang masih panas. Tangan memegang selipar melambai-lambai sambil mulut tak henti-henti sebut Mamat- Mamat. Mamat terasa pelik lalu melihat dengan menggunakan cermin disisi. Terpaksa berhentikan ven. Hafiz menjelaskan dan menghulur not sepuluh ringgit, Mamat seakan mengerti membuka lori dan memberi balik gerek tersebut.
Dari jauh sudah nampak Hafiz sedang memikul gerek. Mak Tom terngaga melihat tindakan Hafiz tersebut. Petang itu juga Hafiz membawa gerek itu kekedai yang berdekatan. Hampir satu jam berlalu gerek tersebut akhirnya siap dan boleh digunakan.
“Semuanya 33 ringgit”.
“Terima kasih”. “Erm harga tayar pun sudah naik” . Sambil menghulurkan duit Hafiz menambah lagi celotehnya. Hafiz terus mengayuh gerek pulang kerumah.

Setiap petang Hafiz menaiki gereknya, untuk kekedai kraftangan selepas pulang dari mengajar dan tidak kurang juga untuk menghantar bakul kerumah pembeli berdekatan dengan kampungnya.
“Owh Hafiz tadi, makcik ingat sapa tadi, sekarang ni jarang orang nak naik gerek, budak darjah satu pun pandai naik motor, malas nak kayuh gerek”.
“Budak zaman sekarang memang cepat belajar, mak cik ini bakulnya, semuanya harga sebelas ringgit sahaja”.
“Ini duitnya, Hafiz kamu kan beli kereta baru, kenapa tak naik je kereta, daripada dok penat-penat nak kayuh gerek.
“Saya suka naik gerek ni”.”Kereta itu bapak saya punya, Lagipun harga minyak kan mahal sekarang ni, sekali pusing dah cecah sepuluh ringgit kan rugi je tu, lagi pun rumah mak cik tak dalah jauh sangat dengan rumah Hafiz, boleh jimat sikit”.’Hafiz balik dulu ya makcik, terima kasih”.
“Baiklah ,sama-sama, hati-hati naik gerek tu”. Seakan mengejek cakapnya itu.
Gerek bergerak laju, di kayuh seakan mahu memecut ke garisan penamat. Namun sebenarnya Hafiz ingin mencapai kemenangan dalam menjadi insang yang penyabar. Hafiz terasa geram dengan mak Yam. Melalui jalan sekitar bendang yang di penuhi padi yang menghijau, menyebabkan perasaan damai telah menarik benak Hafiz untuk berfikir tentang perkara yang terjadi tadi.Betapa ruginya, kalau kita tidak berjimat sekarang. Berdasarkan surat khabar yang di baca, ekonomi Negara mengalami inflasi dan meningkat mencecah 5 peratus dalam masa sebulan. Tiba-tiba Hafiz ternampak Salina sedang duduk ditebing sungai dengan satu batang kail yang di perbuat daripada batang pokok salak. Hafiz menghentikan gereknya, lalu melabuh punggun disisi Salina. Salina seakan terkejut sedikit, dengan tindakan Hafiz kerana sebelum ini Hafiz tidak pernah menegurnya walaupun mereka pernah sekelas dahulu semasa di sekolah menengah. Hafiz memanga agak tampan dan selalu menjadi tumpuan ramai budak perempuan pada zaman itu. Salina berasa malu, lantas mengankat kail tersebut dan bangun. Hafiz menarik tangan Salina mengisyaratkan supaya duduk semula. Dahulu semasa kecil Salina biasa sahaja, dengan rambut pendek macam lelaki. Semua pelajar lelaki tidak berani untuk mendekatinya. Hari ini Hafiz melihat Salina jauh berbeza, kelihatan ayu berbaju kurung dengan kain batik, rambut panjang yang sedikit ikal.
Rumah Salina meriah dengan sanak saudara, dan para tetamu. Pukul tiga petang pengantin lelaki akan sampai. Sekali lafaz, Salina sah menjadi isteri Hafiz. Pada malam sebelumnya. Dua ekor lembu di korbankan, untuk menampung seramai seribu tetamu yang hadir. Bau gulai kawah dan ikan gelama kering goreng mulai menusuk hidung Hafiz yang sedang berdiri dibawah pohon kandih. Perut yang terasa lapar kini tidak sabar untuk menjamah nasi. Salina sampai dengan memakai baju songket berwarna kuning yang sama dengan Hafiz. Pasangan penganting tersebut telah menjadi tumpuan lensa kemera semua yang hadir. Hilai tawa dan sorakan bergema begitu kuat menyebabkan wajah pengantin merona merah menahan malu. Hafiz terasa senyuman yang terukir pada mulut itu lain sedikit daripada orang lain, kerana seakan ingin menyampaikan sesuatu. Mamat pembeli besi buruk itulah orangnya.
Kesokan harinya, salina mengajak Hafiz ke pekan untuk membeli sedikit makanan basah untuk di masak. Di pekan pasangan pengantin tersebut terasa hairan apabila semua orang memandangnya. Mereka sedar mereka pengantin baru , tapi inikah perasaan yang harus dirasai oleh setiap pengantin baru. Namun terasa peliknya kerana semuanya senyum-senyum termasuk juga yang belasan tahun. Belasan tahun pun sudah belajar tetang ini dan mereka juga sudah cukup besar, boleh berfikir. Sarat dalam fikiran Hafiz. Mereka pulang kerumah apabila selesai membeli. Pengantin baru itu duduk di anjung rumah.
“Yang cuba tengok ni, abang rasa ini gambar kita” Hafiz memanggil salina dengan lembut.
“Abang ni, sapa yang nak masukkan gambar kita dalam harian metro.”
“Cuba tengok, ini abang tengah kayuh gerek yang di hias dengan bunga, dan awak duduk di depan”.
“Penganting baru mengispirasikan gerek sebagai kelainan dalam pengabdian di hari persandinagn”. Salina membaca dengan nada agak malu-malu.
Dua mata bertentangan dengan senyuman terukir. Kini mereka sudah menemui jawapan yang berlaku ketika di pekan tadi.


23 Jun 2008

nukilan : marizan muhamad                                          'hak cipta terpelihara'

Duri rindu~~sayang~~

Duri rindu
Suasana vila teratai penuh dengan rasa kasih sayang dan harmoni. Pagi yang begitu indah, seakan keadaan mempengaruhi dengan penuh ikhlas.
“Sayang”stoking abang mana, sayang letak kat mana abang tak jumpa pun”.
Jefri bersuara manja kepada isterinya.
“abang tunggu sekejap ya, nanti sayang tolong ambilkan ek”.
Salina sememangyan isteri yang baik dan solehah. Salina berlari-lari anak menyerahkan stoking kepada suaminya. Seperti biasa sebelum pergi kerja, satu ciuman akan di tinggalkan untuk Salina..
“Sayang doakan abang ya ,semoga ceramah yang abang ingin sampaikan hari ini selamat sempurna”.
Jefri merupakan seorang penceramah yang terkenal dalam kalangan pakar motivasi,kerana susunan katanya, suara yang sedikit garau manja,menyebabkan semua telinga yang mendengar tidak akan melepaskan bait-bait ucapan yang tumpah dari mulutnya.

Tiba disekolah, Jefri terus disambut oleh pengetua dan membawanya ke dewan yang agak terbuka sedikit. Kelihatan semua pelajar sudah bersedia menanti kedangannya bersama . Dengan lafaz yang mulia Jefri memulakan ceramahnya yang bertajuk hadiahlah ibumu sebuah kejayaan. Jefri tengok semua pelajar kusyuk mendengar ngomelannya, ada yang sedikit senyum dan tidak kurang yang mencatat apa yang disampaikan.
“adik-adik pelajar sekalian, keluarkan kertas putih yang di edarkan sebentar tadi, saya nak kamu lukis gambar mak kamu, lukis cantik-cantik ya”.
Semua pelajar sibuk mengeluarkan kertas, masing-masing memusingkan badan takut-takut kawan tengok dan mula melukis.

15 minit masa sudah berlalu pergi. Jefri menyuruh pelajar memberi perhatian kembali kepadanya.
“okey adik-adik pelajar sekalian, dah siap lukiskan.okey simpan dulu sekejap lagi saya nak tengok.”
“aaaaaaa”kedengaran semua pelajar seakan mendapat kejutan sesuatu. Masing-masing saling berpandangan. Ada yang dah berkerut menampakkan kerisauan.
“saya tahu semua pandai melukis dan mesti cantik gambar mak kamu kan”
Jefri menyambung kembali ceramah yang tergendala sekejap tadi.
Jefri mula bersuara nada yang begitu sedih dan menangis sambil.
“cuba adik-adik banyangkan, sambil duduk ini adik terima satu panggilan telefon dari rumah yang menyatakan perlu pulang segera kerana ada kecemasan sedikit, apabila sampai sahaja di rumah adik lihat rumah adik dipenuhi ramai orang dan adik naik kerumah melihat ada sekujur mayat yang sudah ditutupi dengan dengan kain batik lusuh, adik berlari ke dapur mencari mak, mak…,mak…. Namun tiada sahutan kedengaran. Adik berlari mendapatkan ayah yang sedang menbaca yasin sebelah mayat, kedengaran bacaan ayah sangat gementar sambil air mata berderai tanpa henti. Selesai membaca ayah membuka kain batik tersebut, adik dapati orang itu…..orang yang paling adik kenal…orang yang selalu menyambut kepulangan adik”.
“tidak”…tidak, mak jangan tinggalkan saya mak. Banyangkan adik tak sempat nak tunjukan kejayaan kepada mak. Sebelum ini adik pernah berjanji dengan mak, nak tunjukan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan, namun janji tersebut tak sempat di tunaikan, mak dah pergi, yang pergi tak akan kembali, pergi dengan penuh harapan, kekecewaan ,dan kesedihan”.
Dari jauh Jefri mula nampak mata pelajar mulai berkaca, namun sudah ada yang teresak-esak. Jefri tekankan lagi dengan harapan agar apa yang di sampaikan dapat memberi kesedaran sedikit sebanyak kepada pelajar.

“sekarang saya nak sesiapa yang nak berjanji dan meluahkan isi hatinya di luar boleh kedepan”. Semua pelajar mengankat tangan, menyebabkan kesukaran bagi Jefri untuk memilih, kerana untuk memberi peluang kepada semua, mendatangkan masalah kesuntukan masa. Jefri terus memilih pelajar beberapa orang berdasarkan kepada lukisan yang dilukis sebentar tadi. Seorang demi seorang keluar meluahkan isi hati, sambil menangis teresak-esak.

Semua pelajar yang keluar kedepan Jefri menanyakan apa hadiah yang paling istimewa yang pernah kamu dapat dari mak kamu dan apa hadiah yang kamu bagi kepada mak kamu sempana hari ibu. Rata-rata menjawab nak berikan kejayaan,dan mencium ibu sebagai tanda sayang.
Jefri melangkah kearah pelajar paling belakang sekali, budak itu tunduk sahaja, mungkin takut dipilih.
“boleh saya tengok lukisan kamu, mesti cantik kan mak kamu”
Kertas putih dihulur. Sambil tunduk kebawah. Tidak bersuara lansung.
“satu bulatan yang seakan-akan bujur sedikit”.dalam nada yang begitu lembut dan perlahan. “saya nak kamu keluar kedepan”.
Pelajar tersebut mengeleng kepala, namun setelah dipujuk akhirnya dia keluar juga.
“inilah muka mak saya, ini muka mak saya yang lahirkan saya” suara tersekat-sekat,air mata mula deras mengalir keluar membanjiri pipi itu, bahunya terhinjut-hinjut.
“Saya tak sempat melihat dia, dia pergi ketika melahirkan saya”. Semua kawan –kawan nak menghadiahkan kejayaan kepada mak semua, dan boleh cium tangan mak, tapi saya hanya sekadar.... tiada suara kedengaran. Dia berlari keluar dewan.
“semua pelajar di minta bertenang”. Jefri meneruskan ceramahnya.
Dalam masa 5 minit dia menghabiskan sisa-sisa ceramahnya.

Jafri meminta kerjasama guru untuk berjumpa kembali dengan pelajar tersebut. Dengan izin ALLAH s.w.t Jafri sempat menyampai sedikit pesanan kepada pelajar tersebut.
“adik walaupun mak kamu sudah tiada, kamu tetap boleh menberi hadiah kepadanya dengan bacaan yasin, surah al-fatihah, kerana setiap itu arwah akan mendapat cahaya, dan mendoakan kesejahteraan ibu di sana cukup besar hadiah yang kamu berikan kepadanya” budak itu hanya diam. Namun sebelum meninggalkan sekolah tersebut budak itu menghulurkan sehelai kertas kepada Jefri.

Kedengaran enjin kereta memasuki parkir rumah itu. Salina berlari anak mendapatkan suaminya. Di capai beg di tangan suaminya dan meletakkan di tempat yang sepatutnya.
“sayang.. abang rasa rindulah..rindu sangat”.
“ish abang ni baru je tak jumpa setengah hari, belum lagi dua hari”
“tapi abang rindu sangat nak tengok muka sayang yang manis ni” bersuara lembut sambil galak fikirkan budak tadi, hampir tujuh belas tahun sudah tidak berjumpa dengan ibu,bagaimana perasaan rindu itu harus di ungkapkan. Jefri teringatkan kertas yang di hulurkan padanya sebentar tadi, lantas dibukanya..
Sanggupkah orang bertahan
Mendengar luahan hati rindu
Setiap hari, setiap waktu
Mula-mula boleh terima
Lama-lama bosan menerjah
kawan yang setia mendengar
sudah mula setia mengucapkan
aku tiada masa untuk mengikuti
kisah silam hidupmu
aku sedar kawanku kini
bernama rindu.

Jefri melipat kembali kertas tersebut dan menuju kearah isterinya dan melepaskan kerinduan.
hasil nukilan : MARIZAN MUHAMAD                                      'hak cipta terpelihara'

Tuesday, January 12, 2010

layan~~

Pada jam 10.13 pagi...
di pagi yang indah permai ini,teringatkan aque sewaktu di sekolah menengah dahulu..
emmmmmmm.....nak cte la sikit zaman kanak2 riang dulu...hehee
sewaktu di form 4,5..di dalam kelas,port aque di belakang sekali,duk berdue dengan membe aque...(mat zin)xtaw la p mane dah sekarang ni...mmmm
membe aque ni pelik sikit...bukan nak tipu la,ari2 tdo lam kelas...leh katekan sepanjang waktu cikgu mengajar...Zzzz
tue masalah die biarkan...huuu
aque teringtkan seorang Ustaz ni,namanye..Ustaz Sofian...Ustaz ni memang baik sangat,dan lawak..
aque lam kelas selalu je kene perli,,jadi bahan ketawa katekan...haahaa...
selalu kenekan aque ngn pompuan..aque ni dulu,pemalu giler....
xpernah pun cakap ngan pompuan,sikit2 tue de la...heeheee
tapi waktu itu memang seronok..
cikgu2 yang baik2,,cume warden je tegas,garang giler..semua orang takut...huhuuu...
tapi ok jugak,untuk kebaikan...heheee
tapi de citer lagi seronok...
nak dengar x...huhuu
gini,mase akhir tahun form 4,bese la..dah bis exam..xtaw nak watpe..
last2 p kaco pompuan..asrama lelaki ngn pompuan sebelah ja,,cume ditutupi ngn pagar,,yang tinggi..
law x memang kene skodeng selalu..haaa
tapi de pintu gate..lelaki pun leh masuk..
pada malam tue,ase2 lam kul 12 lebih,kami semue duk lepak2,then de sorang membe ni,die bik cadar warna putih tue..balut kat badan..cam pocong..kami semue duk tengok ja..nak jadi pe..huhuuu
die balut badan,then ikat2 ngn tali,n siap bik sirap lagi tuk wat darah...letak kat badan,,memang real..hee
law tengok memang takut..hehee,aque dok perhati je..malas sgt nak layan kepale membe2 ni,bukanyea betul sgt pn...lepas dah siap,de membe sorang ni,pe name...emmm,aque lupe dah p angkat letak kat pintu gate asrama pompuan...waktu tu,memang kelakar giler..hahaaa
die goyang2 gate tue...TIBE TIBE!!!.....
nampk cahaya dari arah jalan raya,,ape lagi,pocong ni pn melompat la,kaki kan kene ikat...hahaa,lawak2..
kereta itu menuju kearah kami semue yg ade kat situ...PE LAGI...
semue lari la..tutup lampu semue,n lari kat belakang asrama tepi blok..
nak kaco orang last2 diri sendiri yang kena..hahahaa,upe upenya yg datang tue pengetue..
mampoi!!!!!
mase die datang tue,senyap sepi,ase memang die perasan pe yg die org ni wat...aque x ikut membe2 lain,aque duk kat atas tilam aque,wat2 tdoq..
tak disangka sangka pengetua,Ustazah datng kat aque..aque wat2 tdo lam selimut..
oh terlupe,mase tue..budak2 form 1,2,3 xde..
tapi yang syok ye semasa Ustzah tue bkak selimut aque, dan die cakap "xyah nak main2 la,saya nampk"..aque cakap "kenape Ustazah" sampl sapu2 kat muke..die cakap lagi," xyah nak berlakon la,saya nampk tadi"...aque ingat lagi pe Ustzah tue cakap..hahaaaa...tapi Ustzah tue cam marah sgt,takut jgk..die suh turun dari katil dan p kat dataran tue..
GERAM GILER AQUE,orang pertama kene tangkap..membe2 aque lari ntah kemana...
lam kul 3 pagi last2 semua akur..
mase tue memang kene marah ja...emmmm...tapi Ustazah tue ok,x la garang sgt,,,mase tue jgk kami kene bedil (rotan)..huhuuu
tapi beselah pompuan rotan mane lah sakit sgt...huhuuu...
emmmm,ni lah kisahnya..nak kaco pompun last2 dapat 'buah' dari pompuan jgk..heheee
ok la,nak p last kat dkg 2...
dah 'liwat' ni...hehehe,ti de mase cte lagi ekk..
by min@zan

(sekolah)

sayang~~

hari ini selasa 12/01/2010
jam 5.30pm...
hari ini semasa chatting dengan "orang" tu...
aque betul2 suke..
de certain perkara yang membuat aque betol2 ase nak tergelak...
hahaa..pisau cukur,pisau cukur..
glamour la ko...
hahaaa...
memori indah...hahaa
from : min@zan

malas~~

malas yea rase...
nak wat pe2...
boring..
ntah nak watpe..
nak study malas...
nak main malas..
nak tdoq pun malas..
nak jaln2 pun malas..
so,
wat bodo jela..hahaaa
ini lah aque....
mmmmmm....
besok la wat azam baru..
hhaaaa

Saturday, January 9, 2010

layannn....

hari ini..
ahad 10 jan 2010..
kenapa aque cuba untuk lelapkan mata tp akhirnya xboleh...
aque terasa cam de someting je yg berlegar legar in mind...
dah la,waktu siang yea aque p berjalan sakan pusing2 Jitra..kuar ngn best friends...xpela...huuu
dari tgh ari,ptg baru balik..tp ase seronok la,first time kuar cam ni..huhuu..
bkn selalu...hheee
sambung balik cte mlm tue..
aque tengok jam,kul 2 setengah pg...ditembusi oleh cahaya2 yang suram dicelah-celah tingkap,pintu lik...
aque terfikir..
mcm2 bermain difikiranku..
aque teringatkan kawan2 lame,sometime,ak teringatkan perkara2 yang xmasuk akal..huhu..
may be byk tengok cte hantu,seram kot...
sekarang ni Alhamdulillah,xde dah makhluk Allah yang lain mengacau lg..
dulu,mse form 4,5 selalu gak kene kacau..bkn sekali,,byk2 kali..
mmmm......ase cam nak cte je..huhu...k la,aque cte..
mse tue ak duk hostel,di dorm lelaki..bese lah duk ramai2..xtkut..
tp bile time mlm,ase takut sgt..bese aque tido awal time 11 setengah..kadang2 aque sukar nak lelapkan mata..
pada satu mlm,apabila orang lain sedang nyeyak dibuai mimpi..ak terjaga,then ak terasa nak p tandas...dengan hati yang takut,aque beranikan diri tuk pergi jgk,xnak la kejutkan kawan..
aque pn pergi lah..pabila ak memasuki dorm..tiba2 aque tergamam....
aque ternampak Ustaz di hujumg dorm...de la lam 5 meter dari aque..berjubah putih..mse tue kan ase cam ngantuk wat xtaw jela..
tp yang pelik jubah tue memantulkan cahaya yg bersinar sinar...nampk cam cahaya ja..
berdiri tegak..xbergerak2 pn..
lam hati aku,ustaz tue,bese die mlm2 kuar jgk round2 dorm ni..
pabila keesokan harinya,,aque ase pelik...BETUL KE APE YANG AQUE LIHAT...
YA ALLAH..aque mengucap pnjg..perkara dah lepas nsb baik tak terjadi ape2...
huhu..
byk lgi sebenarnya cte aque ni..ni xseram sgt..de lg tkut..de mase cte lg..huhuuuu
tp kita mesti igt,bkn kita ja yang ade kat dunia ni,makluk lain pn ade,cme x nampak ngn mate kasar ja..
SO,BERSIAP SEDIA....HAHAAA
emmmmm,,,panjg melalut dah ni..
berbalik pada mlm td,tibe2 de orang bukak tombol pintu...
la,romate..die bese tdo lg lewat..xpe,class pg xde..
aque berborak sikit2,pastu p bilik air basuh muke..jam 3 setengah ak pn tertdo...
sedar2 kul 6.40..msg berbunyi..ak cepat2 bgn solat...n tdo balik..
sedar2 kul 8,7 minit...kalut aque dibuatnya..de class kul 8..aque cepat2 mandi bersiap trus p..nsb baik kul 8 setengah...huhuu,dan lg....
habisss cte....
lps kelas aque pn p lab fwb,tulis cte ni...
OHH!!!!terlupe,nak p register kursus kawin kat masjid..
k la by....sambung nanti...

~~LOVE~~

I love to see you smile
And I love knowing that I caused that smile

I love to see you happy
And I love knowing that I caused that happiness

I love to look into your beautiful eyes
And I love the way I fall into them

I love it when you hold my hand
And I love having the courage to grab and hold yours

I love to tease and torment you
And I love it when you tease and torment me

I love it when you touch me
And I love to touch you

I love rediscovering how beautiful you are each time I see you
And I love realizing how attractive you make me feel

I love wanting so badly to kiss you
And I love the way you want to take things slow

I love the fact that you still want to be my friend
And I love that I want to be yours

I love so many things about you
But the most important thing is:

I Love you!
huhuuuu..

Friday, January 8, 2010

Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita (NASIHAT)

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu
memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut.

Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.

Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.

Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.

Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.
  Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, January 7, 2010

min@zan


   ~~MIN@ZAN LOVE TOGETHER FOREVER~~

Wednesday, January 6, 2010

mai menuntut ilmu keng kawan

salam sejahtera..
cube bayangkan ape yang membe2 anda tengah wat sekarang,de yang chatting xabis2,de yg mandi siap menyanyi lg tue,de yang ngah berebut naik bas,de yang tdoq sampai ptg bru bangun,de ngah makan ngan awek,yang paling bagus menelaah pelajaran..mcm2 ragam kite ni ek..diharap ape yang kite wat tiap2 ari dapat manfaat dan ganjaran daripada ALLAH..
semoga ape yang berlaku hari ini adalah lbih baik daripada semalam,dan doakan hari besok lebih baik daripada hari ini..
so far,carilah ilmu setinggi gunung walaupun dalam perjalanan terpaksa menempuh onak dan duri sewaktu mendaki,walaupun anda jatuh untuk kali ke-88,bgnlah untuk kali ke-89 dan pabila sudah sampai ke puncak jgn lah menyombongkan diri..bantulah kawan2 kita yang lain agar kita semua sama2 berjaya..INSYAALLAH..

lelaki vs wanita

Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Seorang Lelaki

Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

peringatan: ingatlah kawan kawanku sekalian khususnya wanita, jagelah auratmu,adabmu,peribadimu seelok eloknya.sekian...

Tuesday, January 5, 2010

~~hati @ perasaan~~



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. 



Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Love u.....


membe2~~


program induction camp 2009 at pengkalan hulu,Perak..

masuk gue berhati hati
jangan ade yang terluka hati
law terasa maaflah dihati
moga kite dekat dihati
n
kalau berjalan tengoklah ditepi
andai terjumpe ikan yang mati
"gendang gendut tali kecapi"
kenyong perot senang hati

hahaa..sapo wat,xbest langsung...

Monday, January 4, 2010

MARAH~~adakah perlu??

satu perkataan yang membuatkan orang di sekeliling samaada kenal ataupun tidak  akan menjadi mangsa 'angin' seseorang.MARAH,,bgiku sepanjang hidupku aque tidak pernah marah yang agak keterlalaun,ckit2 tue de lah.aque masih ingat lg pergaduhan aque ngn membe ku pd form 4,kalau nak remember balik...emmmm,aque ase kelakar pulak..xyah cte la..huhu,dah berbaik,tiap tdoq sekatil lg tue..hahahaa..tp yang pasti we are best friends..tp syg die msuk  U lain..aque rsekan inilah saat yang paling2 aque marah..keng kawan pn aque nak ingtkan law nak marah tue,agak2 lah...jgn main hentam ja..cool man~~jika kita lihat lam hadis pun de menyatakan in term of angry.matan hadis berbunyi lebih kurang begini'jgnlah kamu memarahi antara satu sama lain dikalangan kamu kerna perkara tersebut dibenci ALLAH'. so,jgnlah marah,kalau marah syaitan de je kat sebelah tue..
di dada akhbar metro hari ni,emmmm,,,kes suami isteri lg..
seorang suami tergamak memarahi isterinya yang pulang lewat drpd kerja..dah la penat bekerja,kene marah lagi,siap kene baling ngn seterika,kusi dan semualah kat isterinya.uhhh,sampaikan ugut nak bunuh lg tue..emmmm
baru je 2 hari lepas komen sal husband n wife,,emmmm.,,nampaknye ari2 la kene komen..huuu
bg pendapat aque,may be suami cemburu yg agak keterlaluan sampaikan xboleh thn...
aque law bab2 alam rumah tangga ni,xnak la nak kupas agk mendalam...aque pn xkawin lg..hihiiiii
tp aque harapkan agar sesiapa yang dah berkahwin, carilah kenikmatan,keseronokan alam rumah tangga,bukannya 'berperang sesama sendiri'
akhirnya, jadikanlah perkara sebegini sebagai pedoman dan mengajaran pd kite semua..
jika kita nak sygkan orang lain,sygilah diri kita terlebih dahulu..
jika kita nak orang lain sygkan kita,pikir2 la sendiri cam ne mau jadi oarang  yang terbaik...huhuuu
gud luck all my friends...

Sunday, January 3, 2010

bini ohh bini~~



alkisah yang terpapar di akhbar kosmo hari ini,bahkan setiap hari kenapa ada wanita yang beristeri menjadi mangsa penderaan,diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh suaminya sendiri,  siap simpan dlm almari lg tue...ish2,xpatut2..baik bg gajah or harimau mkn ja.emmm...
kebahagiaan rumah tangga akan retak hancur berkecai jika suami isteri saling tidak hormat menghormati,x sabar,tiada tolak ansur, asyik mencai kesalahan dan banyak2 lagi...
memang dahsyat sungguh suami sekarang..dalam akhbar lepas,suami sanggup melacurkan isterinya sendiri untuk mendapatkan wang yg sedikit..kesian...
memang dahsyat dimanakah kasih sayang yang mereka hidup bertahun tahun...emmmmm,
so,tepuk dada tanyalah iman kita sendiri....
sayangilah wife anda~~

layann....

puisiku~~
Sayang Tapi Geram
Oh Kekasih,
Mengapa kau masih tidak memahami
Rasa antara kita berdua
Aku lelaki engkau wanita
Aku geram...

Oh Kekasih,
Kasih sayangku tetap menggunung
Tidak berkurang walau seinci
Engkau wanita aku lelaki
Aku sayang...

Inilah rasa geram
Tapi aku sayang
huhu....

~~my best friends together and forever~~




sometimes, the small thing can be a big problems in our lifes...
so,thinks positively...
hope this relationship permanant forever and ever...
smile always....

hatiku berkata~~

kenapakah hari ini..
ku rasakan hatiku cukup happy..
semalam,bukan main sakit dan geram sungguh2..
may be disebabkan oleh perasaan yg tidak tenteram...
ALHAMDULLILAH,after 2 hours in masjid....
my heart became calm down...
mungkin ku rasakan makin lame makin jauh dengan Tuhan...
INSYAALLAH,sempena thun baru masihi @ hijrah...
marilah sama2 berazam,bercita cita,
tanamkan tekad untuk berusaha sehingga berjaya in studies and lifes..
tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..
semoga apa yang kite wat dirahmati ALLAH...
aminnn......

my friends....~~SRM~~


pantai merdeka...

Saturday, January 2, 2010

layannn....

Ibu, Anak Dan Menantu Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas... Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur.... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘ Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana. Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & menyimpan dendam terhadap Razman.. Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu.........dengan niat utk memisahkan mereka. Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.. Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka...... Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan...... Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya menjadi cacat seumur hidup. Razman cuba utk memperbaiki keadaan.........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya. Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya. Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali. .......................... Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua *HAHAHAHAHA