Seperti yang diketahui bahawa penerapan nilai Islam dalam perbankan telah bermula pada awal abad ke 20 bilamana pertumbuhan dan perkembangan ke arah pemikiran Islam bermula. Kesedaran umat Islam dalam menghayati Islam sepenuhnya telah memberi tempiasnya kepada semua bidang dan cabang kehidupan yang berkaitan dengan umat Islam termasuk urusan jual beli, muamalah dan perbankan. Nilai Islam yang paling popular adalah menjauhi sikap khianat dan penipuan dalam perniagaan disamping menjauhi amalan riba yang sekian lama sebati dalam jiwa perniagaan.
Umat Islam yang semakin lemah sentiasa menerima pakai kaedah dan falsafah barat dalam bidang perbankan dan kewangan. Sistem yang korup dan sinis sememangnya sentiasa populis dan umat Islam sekadar memandang dan menerima kaedah tersebut walaupun seratus peratus bercanggah dengan falsafah islam. Pada hari ini, perkembangan yang pesat dalam bidang perniagaan, kewangan dan perbankan Islam memberi nilai tambah kepada kesedaran umat Islam dalam menilai falsafah dan nilai islam dalam urusan perbankan. Walaubagaimanapun, banyak produk seperti bai inah dan bai-bithaman ajil yang masih lagi diragui oleh segelintir pengamal perbankan islam. Bagi mereka produk berasaskan kedua-dua konsep tersebut tiada nilai Islam dan cuba menolak falsafah Islam yang telah menolak secara total terhadap riba, gharar, maisir, penipuan dan sebagainya.
Amalan masyarakat jahiliah seperti mengenakan kadar bunga yang besar terhadap peminjam masih diamalkan oleh segelintir masyarakat kini seperti along dan secara subjektif oleh beberapa bank konvensional termasuklah bebarapa bank Islam yang berselindung disebalik produk Islam.Penolakan falsafah islam dalam produk dan perkhidmatan dalam bidang perbankan sebenarnya bakal memberi implikasi negatif pada masa akan datang. Dalam jangka masa yang pendek, kita tidak akan dapat mengesannya tetapi apakah nilai ini akan diterima umum pada masa akan datang. Dengan hanya mengubah istilah ”pinjaman” kepada ”pembiayaan”, bank Islam kini sekadar menerima konsep tersebut dan pada masa yang sama transaksi dan kadar tanggungan oleh pengguna adalah sama. Usaha seperti ini tidak ubah seperti mengliberalkan perbankan Islam. Berbalik kepada istilah, Islam pada perbankan Islam itu sendiri tidak diketahui merujuk kepada Islam ape.
Adakah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah ataupun Islam lain.Tetapi perlu diketahui bahawa Islam itu hanya satu. Manakala penafsiran terhadap amalan Islam amat banyak dan berbeza-beza. Allah telah meletakkan Islam sebagai jalan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat tetapi ramai manusia yang mencari alternatif. Disebabkan pendapat dan pandangan manusia terhadap sesuatu maka wujudlah Islam liberal dan sekutunya. Itu kumpulan moden tetapi jika disejarahi, banyak kumpulan lain pada era terdahulu seperti muktazilah, syiah dan sebagainya.Maka Islam yang mana satu yang menjadi pegangan pengamal perbankan Islam. Dan disebabkan itulah wujudnya bai inah dan tawarruq. Padahal kedua-duanya adalah sama tetapi sedikit dibezakan oleh pendapat. Mengapakah bai inah diterima di malaysia tetapi ditolak di bahrain? Kerana nilai yang ada pada pengamal perbankan Islam di malaysia dan bahrain adalah berbeza.Falsafah Islam tidak harus dibelakangkan dek kerana keuntungan yang menjadi misi utama. Pengamal perbankan islam perlu sedar akan hal ini. Walaupun wujud majlis penasihat syariah, tetapi masih tidak berupaya memangkin perubahan yang meyakinkan.
Ahli majlis ini dilantik oleh bank itu sendiri. Adakah urusan dan keputusan ahli ini tertakluk kepada arahan ketua di bank berkenaan? Adakah ahli majlis itu berupaya untuk menolak cadangan produk yang dikemukakan oleh pegawai jika ianya bercanggah dengan falsafah Islam?. Jawapannya hanya terserah kepada pihak yang berkenaan sahaja. Ini adalah kerana mereka yang mampu mengubah dan hanya mereka yang menanggung dosa dan apa yang mereka perlakukan. Kita hanya mampu menyeru agar tidak membelakangkan nilai dan falsafah Islam. Sekian.
No comments:
Post a Comment